Selasa, 11 Ogos 2009

Set Induksi: Pemulihan BM

Kerusi musikal
1. Guru meletakkan kad suku kata KVK di atas kadbod.
2. Murid duduk di dalam bulatan.
3. Murid bergilir-gilir menghulurkan kadbod tersebut sementara lagu dimainkan.
4. Murid yang memegang kadbod semasa lagu berhenti akan membunyikan suku kata tersebut.
5. Murid mengumpul ekonomi token untuk setiap jawapan yang betul.
6. Murid kehilangan token sekiranya kad suku kata jatuh daripada kadbod.
7. Guru meletakkan kad suku kata KVK yang lain dan mengulangi arahan 3 – 5.

Contoh Suku Kata KVK: cen, wan, tem, yan, ber, kap, lat (suku kata yang berkaitan dengan apa yang telah atau akan dipelajari)