Bagi murid-murid pemulihan khas yang berkemungkinan mempunyai masalah pembelajaran, instrumen-instrumen berikut boleh dilengkapkan sebelum murid dibawa untuk berjumpa dengan doktor pakar.
1. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP)
2. Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
Berikut adalah manual / panduan untuk melengkapkan instrumen-instrumen yang disebut di atas:
1. Manual Instrumen IPMBDP
2. Manual / Panduan Instrumen ISD
Selain itu, dokumen-dokumen berikut juga adalah digalakkan untuk dibawa bersama semasa berjumpa dengan doktor pakar.
1. Rekod Pencapaian murid
2. Laporan ringkas setiap guru mata pelajaran tentang murid yang berkemungkinan bermasalah pembelajaran
Selasa, 5 Februari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)