Sabtu, 31 Januari 2009

Perbezaan Di Antara Strategi, Kaedah, dan Teknik Pembelajaran

Strategi merupakan suatu perancangan untuk mencapai sesuatu. Manakala kaedah adalah cara untuk mencapai sesuatu.

Strategi pembelajaran bersifat konseptual dan untuk mengimplementasikannya pelbagai kaedah pembelajaran tertentu digunakan.

Oleh itu, kaedah pembelajaran dapat diertikan sebagai cara atau langkah-langkah yang digunakan untuk mengimplementasikan perancangan yang sudah disusun dalam bentuk kegiatan nyata dan praktik untuk mencapai tujuan pembelajaran.

Contoh kaedah pembelajaran yang boleh digunakan untuk mengimplementasikan strategi pembelajaran, diantaranya: (1) ceramah; (2) demonstrasi; (3) perbincangan; (4) simulasi; (5) debat dan sebagainya.

Teknik pembelajaran juga dapat diertikan sebagai cara yang dilakukan seseorang dalam mengimplementasikan suatu kaedah secara spesifik. Guru boleh menggunakan pelbagai teknik pengajaran walaupun menggunakan kaedah yang sama. Satu kaedah dapat diaplikasikan melalui pelbagai teknik pembelajaran.

Sebagai contoh, penggunaan kaedah ceramah pada kelas dengan jumlah pelajar yang relatif banyak memerlukan teknik tersendiri, berbanding dengan penggunaan kaedah ceramah pada kelas yang jumlah pelajarnya terbatas.
Demikian pula, dengan penggunaan kaedah perbincangan, perlu digunakan teknik yang berbeza pada kelas yang pelajarnya tergolong aktif dengan kelas yang pelajarnya tergolong pasif. Dalam hal ini, guru dapat berganti-ganti teknik meskipun menggunakan kaedah yang sama.

Sumber:
Pengertian Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Taktik, dan Model Pembelajaran. oleh Akhmad Sudrajat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan