Selasa, 18 Disember 2012

Bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam profesionnya?

Salah satu tugasan yang telah saya siapkan sewaktu mengikuti KPLI 2009 dalam Subjek Ilmu Pendidikan (Komponen Profesionalisme) ialah untuk menjelaskan bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam profesionnya.

Seperti biasa, untuk memastikan sesuatu tugasan itu mendapat markah yang baik, formatnya mestilah mengikut format yang sesuai.

Dalam ruangan pengenalan, saya mendefinisikan beberapa perkataan dan frasa bagi memastikan kehendak soalan difahami dengan tepat.

Manakala di dalam bahagian isinya, saya menyenaraikan hampir kesemua peranan profesion keguruan. Kemudian, barulah saya kaitkan dengan bagaimana guru dapat merealisasikan hasrat FPK dan FPG. Untuk mengaitkan dua perkara ini, perlu ada sedikit pengalaman dalam bidang pendidikan agar ia dapat diterangkan dengan lebih terperinci. Dengan sedikit pengalaman mengajar di beberapa kolej swasta sebelum mengikuti program KPLI serta ilmu-ilmu yang dipelajari semasa kuliah dan pembacaan buku-buku ilmiah, maka terhasillah idea-idea yang terkandung di dalam tugasan tersebut.

Sebagai penutup pula,saya tekankan bahawa guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan hasrat FPK dan FPG tercapai..

Terima kasih kepada pensyarah yang menganugerahkan Gred A bagi tugasan tersebut...

Topik lain yang dihuraikan di dalam tugasan tersebut, termasuklah yang berikut:

1. Bagaimana model Taba atau Tyler diaplikasikan sebagai satu garis panduan untuk menjayakan sesuatu sukatan pelajaran?

2. Isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan yang perlu ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.



Klik untuk melihat tugasan ...

Anda mungkin perlu log-in ke akaun gmail anda untuk melihat dokumen tersebut...
atau
Buka melalui Scribd...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan